Disaat akhir kehidupan Imam Syafi’i, murid kesayangan beliau, Imam Muzani masuk untuk menjenguk gurunya.
Imam Syafi’i menangis, dan bersenandung merintih penuh harapan, seolah– olah beliau lah hamba ALLAH yang paling hina.
Betapa beliau mengharap ridha ALLAH dengan penuh tunduk kepada penciptanya.
Tidak lama kemudian, Al Imam dengan penuh syahdu menghembuskan nafasnya yang terakhir disamping Imam Muzani.
Untuk kenangan bagi generasi yang akan datang, setiap patah kata dari gurunya dengan teliti dicatat. Kalimat demi kalimat.....
Agar dunia mengenang dan menyaksikan, betapa jiwa yang agung ini merintih kehadirat Tuhan Yang Maha Tinggi.
Syair terakhir yang penuh syahdu lahir dari jiwa yang bersih dan merindui Tuhan Yang Maha Perkasa...
Kalam dari lisan Al Imamud dunia, As Syafi’i...
اِلَيْكَ اِلَهَ الْخَلْقِ اَرْفَعْ رَغْبَتِي وَاِنْكُنْتُ يَا دَالْمَنّ وَالْجُوْدِ مُجْرِمَا
Kupersembahkan padaMu Tuhan sekalian makhluk, harapanku. Sekalipun aku seorang yang berdosa, wahai yang Maha pemberi dan Pemurah
وَلَمَّا قَسَا قَلْبِي وَ ظَقَتْ مَذَا هِبِي جَعَلْتُ الّرَجَا مِنِّي لِعَفْوِكَ سُلَّمَا
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku. Kujadikan rayuan dariku sebagai jalan mengharap ampunanaMu
فَمَازِلْتَ ذَاعَفُوٍ عَنِ الذَّنْبِي لَمْ تَزَلْ تَجُوْدُ وَتَعْفُوْ مِنَّةَ وَتَكَرُّمَا
Maka bilamana Engkau memiliki ampunan dan menghapuskan dosa yang berkelanjutan ini. karuniaMu dan ampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan
اَلَسْتَ ا لَّذِ رَغَبَيْتَنِي وَهَدَيْتَنِي وَلَازِلْتَ مَنَّانًا عَلَىّ وَمُنْعِمَا Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah padaku. Dan janganlah Engkau hapuskan karunia anugrah dan nikmat itu dariku
عَسَى مَنْ لَهُ لْإِحْسَانِ يَغْفِرْ زَلّتِي وَيَسْتُرُ اَوْزَرِي وَمَا قَدْ تَقَدَّ مَا
Semoga orang yang memeiliki ihsan mengampuni kesalahanku . Dan menutup dosaku dan perkara yang telah lalu
فَإِنْ تَعْفُ عَنِّي تَعْفُ عَنِّي مُتَمَرّدِ ظَلُومٍ غَشُومٍ لَايُزَإِلُ مَأ ثَمَا
Sekiranya Engkau ampuni aku, ampunilah dari kedurhakaan. Kezaliman, penganiayaan yang tidak akan terhapus di hari penghimpun kesedihan.
وإنْ تَنْتَقِمْ مِنّي فَلَسْتُ بِايْسٍ وَلَوْ أَدْخُلُوْ نَفْسِي بِجُرْمِ جَهَنَّما
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa. Sekalipun dosa-dosaku itu memasukkan aku kedalam neraka.
فَصِيْحًا إِذَا كَنَا فِي ذِكْرِ رَبّه وَفِي مَا سِوَاهُ فِى الْوَرَى كَانَ اَعْجَمَا
Dia adalah seorang yang fasih dalam menyebut Tuhannya. Dan bilamana dia bersama selain Tuhannya didunia ini, dia membisu.
يَقُوْلُ حَبِيْبِي أَنْتَ سُؤلِى وَبُغْيَتِى كَفَى بِكَ لِلرَا جِيْنَ سُؤلًا وَمَغْنَمَا
Dia berkata : kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap. Cukuplah Engkau bagi yang berharap, sebagai tempat bergantung dan memohon.
اَصُوْنَ وِدَادِي أَّنْ يُدَ نّسَهُ الْهَوَى وَاَحْفَظُ عَهْدَ الْحُبّ اَنْ يَتَثَلَّمَا
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu. Dan aku jaga janji kasih yang telah terucap.
فَفِي يَقْظَتِي شَوْقً وَفِي غَفْوَتِي مُنًى تِلَا حَقُ خَطْوِى نَشْوَةَ وَتَرْنُمَا
Disaat terjaga, aku rindu dan disaat terlelap, aku berharap. Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang.
فَجُرْمِيَ عَظِيْمِ مِنْ قَدِيْمٍ وَحَدِثٍ وَعَفْوُكَ يَأتِي الْعَبْدَ أَعْلَى وَأَجْسَمَا
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini. Sedang ampunanMu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia.
0 komentar:
Posting Komentar